Piya Bakal Menamatkan Zaman Bujang Tahun Depan

Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi, mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan mengahwini gadis pilihannya sendiri tahun depan.

Menurut Badhri yang lebih dikenali sebagai Piya, dia bukan menolak jodoh tetapi tidak mahu tergesa-gesa kerana keputusan berkenaan membabitkan banyak pihak apatah lagi masih dalam proses berkawan serta mahu mengenali hati budi gadis berkenaan secara lebih dekat.




“Kalau ada rezeki mungkin tahun depan. Kalau tiada apa-apa… insya Allah tahun depan saya akan berkahwin dengan orang Kota Bharu. Dia bukan kenalan saya dari bangku sekolah atau peminat saya tetapi kami sudah lama kenal.

“Kami sudah lama berkenalan tetapi jarang berjumpa dan sekarang kami sedang berkawan serta ingin mengenali dengan lebih rapat. Bagaimanapun, hubungan kami tidak terlalu serius tetapi kalau ada jodoh saya akan berkahwin dengannya pada 2018,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *