6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Mandi awal pagi bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan. Malah mandi awal pagi iaitu sebelum solat Subuh merupakan antara amalan Rasululah SAW. Antara manfaat mandi awal pagi ialah:

1. Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah lancar maka tubuh akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.

2. Kulit lebih lembut dan halus
Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku juga akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

3. Meningkatkan kesuburan
Tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Justeru, dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.




4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Insyaallah jika diamalkan selalu, risiko untuk mendapat penyakit ini akan berkurangan. Jangan lupa diiringi doa juga.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya.




6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih. Apabila sel darah putih banyak maka daya tahan tubuh terhadap penyakit pun meningkat.[sumber]

p/s: Jom ikut sunnah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *